Isnin, 6 November 2017

Tomato Dan Kesihatan Kulit

Tomato dan kesihatan kulit

Tomato mengandungi nutrien , vitamin dan mineral.Antara vitamin yang terkandung dalam tomato adalah vitamin A , C dan K.

Apa kaitan tomato dan kesihatan kulit?.Ini kerana vitamin c yang terkandung dalam tomato penting untuk proses keanjalan dan pembentukan kulit sihat.

Ia berperanan sebagai antioksidan dan pengambilan tomato secara kerap akan meransang pembentukan kulit yang sihat lalu kulit akan berubah menjadi lembut,bersinar dan cantik.

Selain itu tomato juga mengandungi  protein yang berperanan dalam pembentukan kulit.Protein menukar dan memperbaiki sel sel kulit mati lalu menggantikannya dengan sel kulit baru.Dengan cara itu kulit anda akan jadi lebih sihat dan baru.

Antara fungsi lain tomato adalah menurunkan tekanan darah , mengurangkan kolestrol dan juga membaiki penglihatan untuk kesihatan mata.

Pengalaman suna sendiri bila makan tomato,kulit jadi bersinar dan lembut.kulit juga tidak kering.Tomato memang makanan kegemaran suna dan anda patut mencubanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenali Acne

Selamat Tahun Baru 2018.Hari ni saya nak menulis untuk permulaan hari di tahun baru. Memandangkan tumpuan dan fokus saya lebih terarah kepad...