Pernah tak anda mengalami situasi wajah yang kusam sepanjang hari?Situasi ini sering melanda kaum wanita dekat luar sana terutamanya bila nak jumpa orang ramai.Ada yang rasa tak yakin,malu ,tak bersemangat dan rasa nak tempek jer make up tebal tebal dekat muka.
Antara penyebab wajah kelihatan kusam adalah :
1)Kurang tidur
Seeloknya dapatkan tidur yang cukup iaitu 8 jam agar kulit anda turut 'berehat' sama.
2)Stress
Stress menyebabkan hormon dalam badan anda terganggu dan ini menyebabkan anda beremosi lalu ia terpancar melalui raut wajah.
3)Persekitaran
Sering terdedah pada persekitaran yang berdebu dan panas akan menjadikan kulit anda berminyak dan kusam oleh cahaya matahari.
4)Gaya hidup
Anda antara anda yang kurang 'bergerak' seperti berolahraga dan bersenam.Toksin dalam badan terkumpul dan ia turut memberi impak pada wajah anda.
5)Gaya pemakanan
Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng,bersantan dan junk food.Ini kerana wajah akan berminyak dan kelihatan tidak sihat disebabkan kurang nutrien.
6)Kurang Air
Air sangat penting untuk mengekalkan kelembapan dalam badan.Kulit akan kelihatan kusam dan kering bila kita kurang minum air.Minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari.
7)Produk skincare
Pemilihan dalam bahan bahan penjagaan kulit penting untuk disesuaikan dengan jenis kulit.Jangan salah guna produk contohnya anda jenis kulit kering tetiba guna produk untuk kulit berminyak.
8)Kebersihan diri
Malas mencuci muka antara faktor utama muka kelihatan kusam.Bila dah terdedah dengan persekitaran luar anda haruslah membersihkan wajah menggunakan air bersih atau tisu lembap.
9)Faktor genetik
Ni antara faktor semulajadi yang turut berlaku.Mungkin ada antara kita yang mempunyai kulit yang seolah olah kelihatan kusam disebabkan genetik atau keturunan.Tak apa,mungkin anda boleh gunakan pelembap untuk menyelesaikan masalah tersebut.
So,anda kenalah lebih berwaspada ya lepas ni .Semoga perkongsian ini memberikan anda pengetahuan tentang kesihatan kulit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan