Khamis, 9 November 2017

5 Jenis Makanan Untuk Kulit Cantik

Untuk mendapatkan kulit yang cantik , anda haruslah bijak memilih sumber makanan bagi memastikan kulit anda kekal sihat sentiasa.

Antara jenis jenis makanan untuk kulit yang cantik ialah :

1)kekacang 
Contoh pistachio,hazelnut dan walnut.Ia mengndungi vitamin E yang berfungsi melindungi kulit,atasi kekeringan dan kulit kelihatan lebih muda.

2)Vitamin c
Contoh lemon,betik,nenas dan anggur.Pengambilan vitamin c akan membentuk kolagen bagi mencantikkan kulit wajah dan merawat bekas jerawat.

3)Sayur sayuran berwarna
Contoh sayur bayam , lobak merah dan ubi.Sayur bayam jika diambil setiap hari dapat membersihkan kulit secara menyeluruh.

4)Makanan laut 
Contoh ikan salmon,tuna,sardine dan mackerel.Ikan tersebut mengandungi omega 3 yang berfungsi melembapkan kulit yang kering dan elak ekzema.

5)Yogurt 
Contoh yogurt low fat & low sugar.Yogurt berfungsi melawan masalah jerawat dan elak masalah radang kulit.

Semoga bermanfaat untuk anda yang nak cantikkan kulit.

Selasa, 7 November 2017

Petua Hilangkan Parut Jerawat

Suna nak share cara hilangkan parut jerawat secara semulajadi.

Maksudnya bahan yang digunakan ni memang selamat dan tiada bahan kimia.

°madu
 -Sapu madu pada bekas parut jerawat.Tunggu 15 minit kemudian dan bilas dengan air bersih.

°Lemon
-Ambil pati lemon dan lumur pada wajah.Fungsi lemon adalah membuang sel kulit mati.

°Vitamin c shaklee
-1 biji tablet sehari.Membentuk kolagen dan menegangkan kulit .Larutkan dan sapukan pada wajah.

°minyak zaitun
-Sapu dimuka secara konsisten untuk keserian wajah.

°Putih telur ayam kampung
-Putih telur diambil dan disapu pada kulit wajah sehingga kering.

°Lidah buaya
-Kajian saintifik menunjukkan lidah buaya mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan pembentukan sel kulit baharu.

°Masker beras
-Tumbuk beras dan rendam semalaman.Kemudian lulur pada wajah.

°Esp protein shaklee
-Protein shaklee menukarkan sel kulit mati dan menggantikannya dengan yang baru serta membina sel kulit.

°Asam jawa
-Ambil sedikit asam jawa dan sapu di muka.Biar 15 minit kemudian basuh.

°Timun
-Letak timun pada wajah kerana ia penyegar semulajadi,merawat parut dan melembapkan wajah.

Semua bahan tersebut senang dan mudah nak dapat.so,anda bolehlah cuba ya.


Isnin, 6 November 2017

Tomato Dan Kesihatan Kulit

Tomato dan kesihatan kulit

Tomato mengandungi nutrien , vitamin dan mineral.Antara vitamin yang terkandung dalam tomato adalah vitamin A , C dan K.

Apa kaitan tomato dan kesihatan kulit?.Ini kerana vitamin c yang terkandung dalam tomato penting untuk proses keanjalan dan pembentukan kulit sihat.

Ia berperanan sebagai antioksidan dan pengambilan tomato secara kerap akan meransang pembentukan kulit yang sihat lalu kulit akan berubah menjadi lembut,bersinar dan cantik.

Selain itu tomato juga mengandungi  protein yang berperanan dalam pembentukan kulit.Protein menukar dan memperbaiki sel sel kulit mati lalu menggantikannya dengan sel kulit baru.Dengan cara itu kulit anda akan jadi lebih sihat dan baru.

Antara fungsi lain tomato adalah menurunkan tekanan darah , mengurangkan kolestrol dan juga membaiki penglihatan untuk kesihatan mata.

Pengalaman suna sendiri bila makan tomato,kulit jadi bersinar dan lembut.kulit juga tidak kering.Tomato memang makanan kegemaran suna dan anda patut mencubanya.

Kenali 9 Penyebab Punca Kulit Kusam

Kenali 9 penyebab wajah kelihatan kusam

Pernah tak anda mengalami situasi wajah yang kusam sepanjang hari?Situasi ini sering melanda kaum wanita dekat luar sana terutamanya bila nak jumpa orang ramai.Ada yang rasa tak yakin,malu ,tak bersemangat dan rasa nak tempek jer make up tebal tebal dekat muka.

Antara penyebab wajah kelihatan kusam adalah :

1)Kurang tidur
Seeloknya dapatkan tidur yang cukup iaitu 8 jam agar kulit anda turut 'berehat' sama.

2)Stress
Stress menyebabkan hormon dalam badan anda terganggu dan ini menyebabkan anda beremosi lalu ia terpancar melalui raut wajah.

3)Persekitaran
Sering terdedah pada persekitaran yang berdebu dan panas akan menjadikan kulit anda berminyak dan kusam oleh cahaya matahari.

4)Gaya hidup
Anda antara anda yang kurang 'bergerak' seperti berolahraga dan bersenam.Toksin dalam badan terkumpul dan ia turut memberi impak pada wajah anda.

5)Gaya pemakanan
Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng,bersantan dan junk food.Ini kerana wajah akan berminyak dan kelihatan tidak sihat disebabkan kurang nutrien.

6)Kurang Air
Air sangat penting untuk mengekalkan kelembapan dalam badan.Kulit akan kelihatan kusam dan kering bila kita kurang minum air.Minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari.

7)Produk skincare
Pemilihan dalam bahan bahan penjagaan kulit penting untuk disesuaikan dengan jenis kulit.Jangan salah guna produk contohnya anda jenis kulit kering tetiba guna produk untuk kulit berminyak.

8)Kebersihan diri
Malas mencuci muka antara faktor utama muka kelihatan kusam.Bila dah terdedah dengan persekitaran luar anda haruslah membersihkan wajah menggunakan air bersih atau tisu lembap.

9)Faktor genetik 
Ni antara faktor semulajadi yang turut berlaku.Mungkin ada antara kita yang mempunyai kulit yang seolah olah kelihatan kusam disebabkan genetik atau keturunan.Tak apa,mungkin anda boleh gunakan pelembap untuk menyelesaikan masalah tersebut.

So,anda kenalah lebih berwaspada ya lepas ni .Semoga perkongsian ini memberikan anda pengetahuan tentang kesihatan kulit.


DoozyBeauty


Welcome november 

Dengan semangat baru untuk terus melangkah.

Satu peluang yang besar bila berada di dalam group DoozyBeauty.

DoozyBeauty adalah group khusus bagi kami untuk lebih fokus tentang kecantikan.

Anda yang nak cantik atau kelihatan menawan boleh jer cari hashtag #DoozyBeauty untuk mencari input tentang kecantikan.Atau anda boleh pm direct ke Inbox si pemilik hashtag tersebut di laman facebook atau instagram.

Tak susah pun nak cari.Dengan adanya group ni,anda semua akan jadi lebih mudah nak dapatkan khidmat nasihat atau tips cara hidup sihat dan cantik.

Cantik merupakan impian setiap insan.Seribu kesyukuran bila sihat dan cantik seiring.Tapi ia haruslah melalui saluran yang betul dan dapatkan khidmat mereka yang tahu akan bidang ini.Group DoozyBeauty terdiri dari ahlinya yang memang cantik in sha allah dan berpengalaman.So,anda tak akan rugi bila dapatkan khidmat nasihat mereka.

Semoga kita semua akan mendapat manfaat dan seribu kebaikan akan  dikongsi.

Cantik luaran dan dalaman.

Manfaat Minum Air Putih

Air merupakan komponen penting didalam badan.Lebih kurang 70% badan kita terdiri daripada air.

Kalau anda perasan atau tidak ,terdapat 13 manfaat lain kebaikan minum air yang kadang kadang kita tidak sedar.

Antara manfaat nya adalah :

1.Hilangkan sakit kepala.
2.Memperbaiki mood yang tengah marah.
3.Meningkatkan tenaga.
4.Buang toksin.
5.Hilangkan penat.
6.Kurangkan sembelit.
7.Memperbaiki saluran pencernaan.
8.Cegah sakit buah pinggang.(mereka yang kurang minum air dan sangat sedikit)
9.Membantu kurangkan berat badan.
10.Tingkatkan sistem imun.
11.Lembapkan kulit.
12.Meringankan sakit belakang.
13.Mengawal suhu badan.

Benda yang anda tak perasan sangat sebenarnya penting untuk kita jaga dan kekalkan.

Minum lah air untuk kesihatan berkekalan.


Isnin, 23 Oktober 2017

Cara Soya Shaklee Di Hasilkan



Macam mana yer soya shaklee di hasilkan?

Awak nak tau ?

Macam ni,Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan supplemen berasaskan soya.Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan oleh Dr.Forest C.Shaklee ialah pada tahun 1970.

Selang beberapa tahun kemudian,beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr.Forest C.Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Soalan 1:
Macam mana protein soya shaklee dihasilkan?Sama tak dengan jenis soya yang lain?

Jawapan:
Esp shaklee @ soya shaklee merupakan non-gmo iaitu TIDAK diubahsuai secara genetik dan dihasilkan dibawa Program Pemeliharaan Identiti (IPP)

Soya shaklee memang tak sama dengan soya lain.

Sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari PENANAMAN sehingga lah PEMPROSESAN.

Soalan 2 :
Soya shaklee dibasuh ke?

Jawapan :
Ya..soya shaklee dibasuh dengan air bagi mengekalkan keaslian Isoflavons dan segala kebaikan lainnya.

Isoflavons tu sesuai sangat untuk mengawal simptom menopouse.

😍😘😍

Hebat kan..Dah la non - gmo,sumber soya pula, dikawal ketat dari penanaman sehingga pemprosesan.

Ni info nak bagitau korang :

1 sajian protein shaklee 🍶=2 kali🍖daging @ 4 kali 🍳telur @ 12 kali 🍼susu


Rabu, 11 Oktober 2017

Kepentingan Protein Untuk Kulit

Tahukah anda yang rambut ,otot , kuku , kulit dan mata diperbuat daripada PROTEIN?



Kalau nak tahu,sel kulit kita diganti setiap 24 hari.Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan diantara satu sel dengan sel yang lain.

Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan.Kolagen diperbuat daripada PROTEIN.

Dan 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen.Jika paras protein yang diambil rendah,ia boleh menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal pengawal lain dalam proses badan.

Ini yang menyebabkan kulit menjadi berminyak,mengelupas,berbintik perang,jerawat,jeragat dan masalah masalah lain.

Jadi,cara untuk tingkatkan pengambilan protein adalah dengan pengambilan supplemen protein soya.Pilihlah protein yang berkualiti tinggi untuk membantu mencukupkan keperluan protein anda.




Sabtu, 7 Oktober 2017

Energising Soy Protein




Energising soy protein

Keistimewaan ESP

Apakah keistimewaan shaklee ni?Ramai orang tertanya tanya.Suna pun masa first time jadi member shaklee , supplemen pertama yang suna consume adalah ESP ni.

Entry kali ni suna akan share sedikit info tentang Energising Soy Protein ni.

~Setiap hidangan ESP ni akan memberikan 14 gram protein yang berkualiti tinggi.Setiap hidangan tu cara bancuhan dia adalah 3 sudu besar.

~Energising Soy Protein (ESP) telah menggunakan air untuk di basuh.Dia tak guna alkohol seperti kebanyakkan produk lain.Tujuan basuhan dengan air adalah untuk mengekalkan keaslian Isoflavons.

~Esp shaklee tidak diubahsuai secara genetik ( non -GMO).Maksudnya,kandungan genetik kacang soya ni tidak diubah malahan ia dipantau dengan ketat dari penanaman sehingga pemprosesan.

~Esp shaklee adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino yang mana badan anda tidak dapat hasilkan.So,anda kena ambil dari sumber pemakan dan Esp telah membekalkan asid amino tersebut.

~Esp shaklee mempunyai Glycemiks Indek rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah.

Siapa yang sesuai ambil Esp?

~Ibu hamil
~Ibu yang menyusukan anak
~Orang dewasa
~Remaja
~Wanita muda
~golongan warga emas

Apa Fungsi ESP?

~Nak slim
~Bekalkan antibodi
~Elak gastrik
~Bekalkan tenaga
~Sumber protein untuk ibu hamil dan ibu menyusu
~Cantikkan kulit

Harga?


Kenali Acne

Selamat Tahun Baru 2018.Hari ni saya nak menulis untuk permulaan hari di tahun baru. Memandangkan tumpuan dan fokus saya lebih terarah kepad...